Sunday, August 31, 2014

                                                               Gambar dari En Google

6hb September 2014 ini akan berlangsung exam penguasa kastam gred w41 yang dibuat secara online. Peperiksaan kali ini tidak lagi diadakan secara bertulis seperti biasa.Dari info yang saya dapat terdapat seramai hampir 85,000 orang calon yang akan menduduki peperiksaan kali ini.

Kali ini pihak kastam dikhabarkan ingin mengambil ramai penguasa kastam sempena pelancaran GST nanti. Terdapat 245 kekosongan dan 450 calon menunggu. Calon menunggu ini akan dipanggil sekiranya terdapat kekosongan dalam jabatan.


Kertas peperiksaan ini dibahagikan kepada 3 bahagian.


Calon kali ini sangat bertuah kerana mereka tidak perlu menjalani ujian fizikal sebaliknya sesiapa yang berjaya dalam exam akan terus ke sesi temuduga. Dari apa yang saya tahu daripada jumlah 85,000 orang hanya 10,000 orang akan dipanggil untuk temuduga setelah ditapis dari exam tersebut.

Untuk peperiksaan pula, calon mestilah menggunakan url server yang betul semasa exam ingin dijalankan. Setiap peserta telah diberikan url server yang berlainan supaya tidak terdapat gangguan semasa peperiksaan berjalan. Calon boleh merujuk daripada email yang telah dihantar. Calon hendaklah menjawab didalam tempoh masa yang telah diberikan.

Download
Manual Pengguna Peperiksaan Online Penguasa kastam.pdf
Panduan Peperiksaan Online.pdf

Tonton Panduan Menjawab Peperiksaan secara video


Sekian terima kasih.
Selamat menjawab. Mulakan dengan bacaan doa semoga dipermudahkan. Amin..

0 comments:

Facebook Blogger Plugin by Safe Tricks

Post a Comment

Ruangan Sahabat Keladi Air