Friday, September 5, 2014


Setiap orang sedar dan tahu setiap yang bernyawa itu pasti mati. Tidak kiralah orang itu baik atau buruk, kaya atau miskin yang pasti mereka tetap akan merasainya.kematian sentiasa akan ditakuti oleh orang yang jahil dan selalu melupakan perintah agama. Yang jelas kematian tanpa pahala yang mencukupi akan menyebabkan kita terjerumus ke neraka yang mana ditakuti oleh semua orang. Mati adalah perkataan yang menakutkan bagi mereka tetapi yang pasti mati itu tetap akan hadir.
Kita tidak akan mengetahui bila kita akan melaluinya, kita tidak diberitahu akan masa dan waktunya tetapi kita sentiasa diingatkan supaya bersedia kerana mati itu sesuatu yang pasti. Seringkali kita mendengar khabar orang yang mati tanpa ada sebab yang munasabah. Sedang tidur pun ajal tetap menjemput kita untuk menemui penciptaNya.

Sedar atau tidak sedar umur kita makin meningkat, seiring dengan meningkatnya umur kita ingatan kita terhadap.kematian pasti akan menjelma. sinonimnya.kematian ini selalu dikaitkan dengan orang yang sudah tua, uzur dan sakit. Tetapi kematian itu tidak akan menjemput kita jika belum ajalnya. Kesakitan kematian akan dirasai oleh saudara mara kerana mereka telah kehilangan saudara mereka. Sungguh hati ini akan merindui orang telah tiada berbanding dengan orang yang masih wujud didepan kita.

Akan tetapi kesakitan yang pasti ditanggung oleh simati lebih dasyat dari yang difikirkan. Setiap amalan kita akan dihisab satu persatu. Jika kita selalu mengerjakan kebaikan maka gembiralah kita tetapi jika sebaliknya merana lah disana. Kita akan diazab secukupnya, segala yang terlepas dibumi langsung tidak akn terlepas diakhirat walau sebesar zarah sekalipun.

Oleh itu kita sebagai manusia haruslah sentiasa sedar akan hakikat ini dan takutlah hendak berbuat dosa. Walaupun kita rasakan perbuatan kita hanyalah kecil sahaja tetapi ia akan menjadi semakin bertambah jika dikerjakan selalu. Cuba kita renungkan dan hitungkan jika sehari kita meninggalkan solat untuk satu waktu jika didarab dengan seminggu, sebulan, setahun dan puluhan tahun sepanjang kita bernafas. Mampukah kita menqadanya kembali, sedangkan untuk kita menqada 1 waktu pun sudah keberatan inikan pula berpuluh puluh beratus ratus kali. allahuakbar.. setiap yang hidup pasti mati.
Kini ramai anak2, bapa ibu yang lalai dan asyik mengejar kebahagiaan dunia yang sementara. Halal dan haram sudah tidak dipedulikan, akhirat rela dilupa kerana dunia yang penuh pancaroba. Sedarkah kita bumi sudah semakin tua, ramai antara kita sudah tidak mengenal erti hidup lagi. Dimana-mana sahaja penuh dengan hiburan. Tidak cukup dengan tempatan diimport pula dari luar negara. Cukup-cukuplah wahai manusia.. tidak salah untuk kita berhibur tetapi janganlah sampai menggadai agama kita. Janganlah kita terikut ikut dengan budaya luar yang jelas menyimpang dari azali manusia.
Marilah kita kembali kepadaNya bersihkan harta kita hati kita dan jauhilah perkara yang mungkar. Insyaallah.. Aminn..

Cara Menghadapi Orang Nazak

Video Clips : Kumpulan Hijjaz Lagu Mati

0 comments:

Facebook Blogger Plugin by Safe Tricks

Post a Comment

Ruangan Sahabat Keladi Air