Tuesday, September 23, 2014

Definisi Selfie :
Selfie adalah keadaan dimana seseorang mengambil sendiri gambarnya tanpa bantuan dari pihak lain dengan menggunakan kamera atau handphone.

Apakah hukum berselfie dari sudut islam?




  Selfie dilihat semakin menular mungkin disebabkan oleh kecanggihan teknologi zaman kini yang membolehkan seseorang itu berkongsi tanpa ada had. Budaya ini tidak tertumpu pada remaja sahaja kerana secara jujurnya semakin ramai golongan yang menyukainya.

  Secara ikhlasnya selfie boleh diibaratkan sebagai gambar syok sendiri mereka mengambil gambar dengan berbagai gaya untuk menunjuk-nunjuk (tidak semua orang). Apabila mereka memuat naik ke dalam laman web sosial pengguna lain akan memberi komen "cantiknya awak", "lawanya awak", "Hensemnya dia" tetapi dinafikan oleh sipemuat naik gambar tersebut. Akan tetapi dalam masa yang sama gambar lain pulak yang menyusul (gambar selfie). Tidakkah ini dipanggil syok sendiri?


   Akan tetapi tidak semua pemuat naik gambar tersebut berniat sedemikian, ada yang sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang bersama kawan dan keluarga. Tiada salahnya kerana Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim telah menjelaskan hukum selfie adalah harus tetapi bergantung pada niatnya. Asalkan gambar yang kita kongsikan mestilah menutup aurat kerana menutup aurat adalah wajib dan jauh dari fitnah. Kerana fitnah boleh merosakkan sesiapa sahaja baik kepada yang membuat fitnah dan yang difitnah. Kedua-dua merasa akan kesannya.

  Ada juga yang terlampau ekstrem sehingga meletakkan keadaan mereka dalam bahaya. Contohnya berselfie ditempat tinggi yang memungkinkan kita terjatuh. Memadaikah kita untuk berbuat demikian semata-mata untuk memuaskan hati.



  Penulis bukanlah seorang yang anti selfie dan kadang-kadang penulis juga ada mengambil gambar selfie. Bergantung pada niat kita. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.





Note : Kadang-kadang dalam sibuk kita mengejar dunia kita terlupa yang dunia adalah sementara.. Kerana yang kekal adalah di sana.


Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments:

Facebook Blogger Plugin by Safe Tricks

Post a Comment

Ruangan Sahabat Keladi Air